Perak sebagai koleksi dan pelaburan altenatif.

>> Wednesday, November 11, 2009

Masih belum terlambat untuk menyimpan perak sebagai aset pelaburan yang anti-inflasi dan tidak susut nilai di makan masa sementara harganya yang masih sangat rendah sekarang ini berbanding emas yang tidak mustahil harganya akan melambung tinggi di waktu semua orang beralih kepada perak kerana harga emas sudah terlalu mahal dan sukar untuk didapati.Walaupun tidak mungkin boleh menandingi kehebatan emas akan tetapi sekarang ini adalah peluang dan masa yang terbaik anda untuk memiliki dan menyimpan perak dikala harganya masih murah.

Di dalam Al-Quran dan hadis logam bernilai yang disebut adalah emas dan perak dan ianya selalu disebut secara berpasangan.

Pelaburan perak adalah satu altenatif kepada meraka yang sedar akan kepentingan menyimpan emas sebagai perlindungan kepada tunai(wang kertas fiat) yang meraka miliki daripada menjadi mangsa susut nilai tetapi kurang berkemampuan untuk membeli emas.

Merujuk kepada rekod harga perak untuk tahun 2009 ia telah meningkat hampir sebanyak 60%.Harga pada Januari adalah USD11/oz dan Disember USD17/oz.



Sejak 2003 harga perak mula menunjukkan peningkatan berbanding harga yang sebelumnya pada graf yang mendatar.Kenapa harganya mula meningkat? Ia adalah kerana perak semakin banyak digunakan di dalam pelbagai industri terutamanya barang-barang berasaskan elektrik dan elektronik.Ia digunakan sebagai bahan konduktur dimana perak adalah konduktur elektrik yang sangat baik dan untuk membuat papan litar elektronik dan komponen.Antara produknya adalah telefon bimbit,barangan komputer, television dan pelbagai lagi.Industri ini semakin berkembang pesat dari tahun ke tahun.

Selain itu perak turut digunakan di dalam pelbagai industri lain seperti fotografi,barang kemas perak,alatan perak(silverware), bateri, peralatan mesin ,soldering, panel solar, cermin(salutan), bahan pemangkin(catalysts), pembersihan air,dan penemuan terbaru untuk bidang perubatan yang berfungsi sebagai anti-bakteria.

Pada tahun 2008 harga perak jatuh mendadak kerana permintaan berkurangan disebabkan kemelesetan ekonomi global yang teruk terutamanya di dalam industri elektronik sehingga syarikat besar pengeluar barangan elektronik menutup kilang dan memberhentikan pekerja.


Ada yang berkata pelaburan perak tiada pasaran di Malaysia seperti mana emas.Cuba kita lihat satu ketika dulu sebelum trend menyimpan emas sebagai pelaburan merebak di kalangan masyarakat, tiada siapa peduli akan gold bar dan gold coin.Biasa la rakyat Malaysia ni mereka akan terikut dan cuma membuka mata hanya selepas sesuatu didedahkan.Ketika itu gold bar dan gold coin hanya dimiliki oleh segelintir mereka yang sedar akan kekuatan emas sebagai aset yang kalis dari segala kepincangan sistem kapitalis terutamanya susut nilai wang kertas.Oleh itu ambil la kesempatan sekarang untuk menyimpan perak ketika harganya masih rendah.
TETAPI suka saya ingatkan ianya bukanlah pelaburan jangka pendek sepertimana juga emas.

Sememangnya betul sekarang ini perak pelaburan masih belum ada pasaran yang meluas di Malaysia.Pasaran akan lebih lebih meluas satu masa akan datang.Syarikat besar seperti Public Gold dan Nubex sudah mula menjual produk perak meraka.Di luar negara sudah sekian lama perak diniagakan sepertimana emas, platinum, palladium dan rhodium sebagai logam yang sangat bernilai atau precious metals.

Sekadar berkongsi maklumat di negara China pajak gadai disana mula menerima silver untuk di pajak dan gadai.Ini untuk menggalakan rakyat mereka menyimpan perak selain emas.Ada penganalisis menjangkakan harga perak akan mula meningkat mendadak untuk tahun-tahun akan datang kerana China mula membeli dan menyimpan perak secara besar-besaran dari negara luar.

Akan tetapi buat masa sekarang harga silver bar dan silver coin adalah lebih tinggi daripada spot price per gram kerana pelbagai kos tambahan termasuk kos premium,minting, logistik dan cukai.Paling ketara perbezaanya dengan emas adalah cukai kastam.Cukai untuk silver adalah 15%.Emas tiada cukai untuk import dan export.Saya cakap pasal tax sebab belum ada pengeluar tempatan untuk silver bar dan silver coin selain Saudara Tuan Omar Kulim yang sedang mengusahakan produk perak pertama keluaran Malaysia,syabas.Kebanyakan buat masa ini adalah di import dari luar Malaysia.

Silver Coin dan silver bar sangat menarik untuk dijadikan koleksi kerana kecantikan seni rekabentuk rekaan pada mukanya dan dalam masa yang sama boleh disandarkan sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang.



1 comments:

CIKGUAZRUL March 27, 2010 at 5:06 PM  

Salam , anda boleh dapatkan stok 1 Dirham Perak dari Gold Dinar Ent , 2 Dirham Perak dari Wakala Induk Nusantara dan 5 Dirham Perak dari Logam Mulia . sms 0177675446 Azrul

Your Location

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Your Location

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP